Keluarga كلوارڬ Muhyiddin_Yassin

Isteri, Anak dan Cucu

Tan Sri Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada tanggal 22 September 1972 yang lalu. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman, mereka telah dikurniakan 4 orang anak, 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan, iaitu Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin, (berkahwin dengan Datin Fara Nadia Tan Sri Haji Abdul Rahim), seorang tokoh korporat dan berjawatan sebagai Pengerusi Eksekutif; Datin Sri Nabilah Mahiaddin, (berkahwin dengan Dato' Sri Muhamad Adlan Berhan);[8]Najwa Mahiaddin, (berkahwin dengan Encik Idris Koh Keng Hui),[9] seorang penyanyi dan Farhan Yassin Mahiaddin, juga seorang penyanyi, juga dikenali sebagai Moslem Priest.[10] Beliau juga telah dikurniakan dengan 6 orang cucu perempuan.[11]

Ayahanda dan Bonda

Ayahanda beliau yang bernama Haji Muhammad Yassin bin Muhammad ialah seorang ulamak terkenal[12] di Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar, Johor Darul Ta'zim dikatakan berasal dari Siak, Riau, Sumatera, Indonesia dan berketurunan Bugis mengikut apa yang diceritakan oleh isteri beliau,[13] Allahyarhamah Hajjah Kintan. Hasil perkongsian hidup ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya, mereka dikurniakan dengan 47 orang anak.

Isteri pertama ayahanda beliau ialah Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Haji Daud, isteri kedua, Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Haji Kassim (ibu kandung Tan Sri Muhyiddin) berketurunan Jawa, Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Haji Abdullah (isteri ketiga) dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Haji Ibrahim (isteri keempat).[14]

Keluarga Allahyarham Haji Muhammad Yassin yang ramai bilangan ini tinggal di sebuah kampung di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar, Johor Darul Ta'zim di rumah-rumah ibu yang berasingan. Kampung ini masih terdapat sehingga ke hari ini.

Bapa Beliau Seorang Ulamak

Ketika hayatnya, Allahyarham Haji Muhammad Yassin telah banyak mengajar di daerah Muar dan di daerah Tangkak seperti di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar; Masjid Parit Jamil, Muar; Masjid Seri Menanti, Tangkak; Masjid Bukit Gambir Tangkak; Masjid Bukit Kangkar, Tangkak dan Masjid Sungai Mati, Tangkak. Malah, tempat yang paling jauh beliau mengajar ialah di Chohong, Jasin, Melaka Bandaraya Bersejarah iaitu di antara sempadan Melaka dan Muar; kini Tangkak. Suara Allahyarham dengan lantang dan bergema semasa menyampaikan pengajian Ilmu Tasawwuf dan Ilmu Tauhid. Allahyarham Haji Muhammad Yassin telah dibawa menaiki kereta untuk mengajar oleh anak beliau sendiri[15] iaitu Allahyarham Haji Haron bin Muhammad Yassin, iaitu antara anak tua dari isteri yang pertama.

Antara anak-anaknya yang mengikuti jejaknya ialah seperti Allahyarham Ahmad bin Muhammad Yassin yang mengajar di Sekolah Agama Bandar Maharani dan Sekolah Agama Dumpar manakala Abdul Ghaffar bin Muhammad Yassin yang pada suatu masa hayatnya pernah mengajar di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar dan Masjid Jamek Parit Kadzi, Muar.

Allahyarham juga telah mengasaskan Sekolah Menengah Md Yassin (Persendirian) di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Anak-anak Allahyarham seperti Allahyarham Ismail bin Muhammad Yassin pernah menjadi Guru Besar manakala Allahyarham Kamaruddin bin Muhammad Yassin, Fatimah binti Muhammad Yassin dan Baharuddin bin Muhammad Yassin pernah mengajar di sekolah tersebut dalam tahun-tahun 1970-an dahulu.

Bukan setakat itu sahaja, Allahyarham telah mengasaskan[16] Sekolah Arab Saadiah[17] di Batu 1 1/2 Jalan Bakri yang mengambil para pelajar lelaki dan perempuan untuk mengikuti pelajaran dalam Bahasa Arab. Sekolah Arab Saadiah pada masa ini diuruskan oleh Haji Abdul Rahman bin Muhammad Yassin, anak dari isteri pertama dan guru-gurunya terdiri daripada cucu Allahyarham Haji Muhammad Yassin. Di Surau Sa'adiah yang terletak di dalam kawasan Sekolah Arab Saadiah inilah setiap tahun Tan Sri Muhyiddin bertemu dengan keluarga samada di Majlis Tahlil Allahyarham Haji Muhammad Yassin dan majlis iftar Ramadhan bersama keluarga.[18]

Antara murid tua Allahyarham yang terkenal ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Othman bin Haji Azhari[19] yang telah mengasaskan Khaujakan Johor dan pengikut bertaburan di serata negeri Johor Darul Ta'zim.

Bapa Saudara

Allahyarham Haji Muhammad Yassin mempunyai adik beradik iaitu bernama Haji Muhammad Nor bin Muhammad dan Haji Sulaiman bin Muhammad. Oleh itu, bapa saudara Tan Sri Muhyiddin di sebelah bapa ialah Haji Muhammad Nor bin Muhammad dan Haji Sulaiman bin Muhammad.

Adik Beradik

Sebapa

Allahyarham Haji Haron bin Muhammad Yassin, iaitu antara anak tua dari isteri yang pertama. Allahyarham Ahmad bin Muhammad Yassin pernah mengajar di Sekolah Agama Bandar Maharani dan Sekolah Agama Dumpar manakala Abdul Ghaffar bin Muhammad Yassin pula pernah pada suatu masa hayatnya mengajar di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar dan Masjid Jamek Parit Kadzi, Muar.

Allahyarham Kamaruddin bin Muhammad Yassin adalah adik-beradik sebapa dengan beliau.

Anak Allahyarham, Baharuddin bin Muhammad Yassin, PIS II, yang kini bertugas sebagai Pegawai Kastam Tinggi di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia di Johor Bahru dan menjadi Imam di Surau Al Haadi, Taman Bakti, Johor Bahru. Pernah semasa usia kecilnya mengikut sama beliau pergi mengajar di Masjid Jamek Seri Menanti, Masjid Sungai Mati dan Masjid Bukit Kangkar di Tangkak; Masjid Parit Jamil, Masjid Parit Samsu, Masjid Sungai Balang di Muar. Beliau adalah adik beradik sebapa daripada isteri ayahanda beliau yang ke 4, iaitu Hajjah Kintan binti Haji Ibrahim.

Seibu

Adik beradik Tan Sri Muhyiddin dari pihak seibu yang masih hidup ialah Tan Sri Haji Abdul Aziz bin Muhammad Yassin (abang), Datin Hajjah Rohana binti Muhammad Yassin (kakak),[20] Shahid bin Muhammad Yassin (adik lelaki) dan Fatimah binti Muhammad Yassin (adik perempuan).

Kakak Tan Sri Muhyiddin yang bernama Hajjah Norani binti Muhammad Yassin dan abang beliau, Haji Ismail bin Muhammad Yassin begitu juga dengan adik beradik seibu beliau yang lain seperti Abdullah bin Muhammad Yassin, Fadhillah binti Muhammad Yassin dan Shahrani bin Muhammad Yassin telah pun kembali ke Rahmatullah.

Perjumpaan Keluarga

Tan Sri Muhyiddin seperti biasa pada setiap tahun selalu mengadakan hari perjumpaan keluarga pada hari raya kedua atau hari raya ketiga di kediaman beliau di Taman Sri Tanjung, berhampiran Tanjung Emas, Muar. Di sini keluarga yang ramai dari pihak adik beradik seibu sebapa, sebapa, cucu, cicit dan piut bertemu untuk berkenal-kenalan dan menjalinkan silaturrahim. Ketika beliau berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin mengadakan rumah terbuka di Dewan Seri PEKEMBAR, Pagoh.[21]

Rujukan

WikiPedia: Muhyiddin_Yassin http://img.astroawani.com/2013-03/41363993631_295x... http://intrend.astroawani.com/detail/perkahwinan-m... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/56-adun-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangan-c... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddi... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddi... http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/foto-malaysia/mengenangm... http://pru14.bernama.com/newsbm.php?id=1462150 http://2.bp.blogspot.com/--jgil5bA5mo/VWFb5qrdXXI/...